Kenalkah kalian pada lelaki itu?

Kenalkah kalian pada lelaki itu?
yang mukanya manis suaranya merdu,
ke mana pergi mentari kan menari,
Hadirnya dia sepi kan pergi.

lelaki itu sanggup memberi jika kau pinta
akan cebisan akhir rotinya walau engkau siapa
tiada balasan melainkan satu
kau sudi mencintainya ke akhir waktu.

kenal atau tidak kau pada lelaki itu
yang ketawanya ceria menutup sendu
taukah engkau tentang tenungnya yang tembus ke tujuh langit
sedarkah kamu akan hatinya yang merintih sakit.

semua berkata "akulah temannya""akulah sahabatnya"
namun hakikat kenalkah kau dia?
apa kau tau gelaknya nan riang
sekadar luaran yang tentunya jelas di tika terang.

jujur sajalah, taukah kau yang di balik segala
di penjuru malam, tika bulan berselimut, setelah habis semua ketawa,
sendirian lelaki itu mengalirkan kesepian
lewat mata bundar yang asalnya kau kira menawan.

mariku perikan kisah lelaki ini
yang di sekian gelap jiwanya bernyanyi
menzikir nama kekasih yang tak pernah wujud
menanti kehadiran seorang pencinta untuk mencintanya dengan zuhud.

dia ingin disayang, dia ingin dikasih
dia ingin dimanja diulit cinta bersih
namun taukah kamu keinginan hatinya
atau sudahkah manis bicaranya buat kau buta?

dia menyeru untuk bertemu di syurgawi
bosan amat dengan topeng hipokrasi
yang dia pakai sekian lama membahagia manusia
selain dia selain dirinya.

kenalkah dikau pada kepenatan si dia
terlalu penat sehingga aklanya mengeluh sadis
zahir dia punya ramai taulan berjuta teman
hakiki, di hujung malam dia tetap sendirian.

biar aku khabar pada kamu
lelaki itu sedang menunggu dan sentiasa menunggu
datangnya satu manusia yang bisa merangkul jiwanya
dan membawanya pulang ke desa asmara

kau takkan kenal lelaki itu
kerana bijak benar dia menipu
kau takkan tau kerna dia malu menunjuk kosong
hidupnya.

kau takkan bisa kerna kau takkan mau percaya

di balik senyum yang kau suka lihat pada si wajah
ada sembunyi satu tangisan yang tak pernah sudah
di antara tawa yang dia pamer untuk kau puja
ada wujud rasa bohong yang entah bila akhirnya..

kenalkah kalian padanya..
lelaki yang mencintai semua kecuali dirinya
kenalkah kalian pada lelaki itu
dia ada di dekat sini cuma kau yang tak tau.

Fadzrin. 23. am the person who observe and speak with my mind. suka bajet comel and derp from malaysia, with love.