tercas semula



seperti mana hero2 dalam filem, dia muncul bila diperlukan. tidak cepat. tidak lambat. tepat pada masanya. nyawa aku yang mengering, jadi gagah selepas diberi minum kasih dia. ternyata, aku masih lagi kesayangan dia♡

*senyum*


mungkin belum cukup habis derai sayu hati di meja makan kedai ketika itu, yang aku simpankan bakinya dan hamburkan ketika memeluk dia di dalam kereta mungucap selamat jalan semalam.
"haih... dahla. apa nangis ni..." (cuba meleraikan rangkul aku yang gagah)
"kejap, abang...." (makin mengerat kunci jemari).
dia renggangkan aku dari tubuh dia. aku tidak kecil hati langsung. malah makin aku rasa cintanya. dia menolak, dengan kuasa yang tidak mungkin mematahkan pohon semalu sekali pun. aku tahu, dalam hatinya juga, dia bilang
"kejap..."
aku tahu. aku rasa.
tuhan.

aku bahagia sekali.

Fadzrin. 23. am the person who observe and speak with my mind. suka bajet comel and derp from malaysia, with love.