aku harus pergi

22 August 2018

terhingar gelak kejam malam. lalu aku berlari mencari selimut. kekehnya terlalu menghiris tajam dan aku jerit-jerit mahu kabut. sang bintang sedang mengunyahku. aku melaung pedih mengharap belas. bulan juga sudah mengasah kuku. hendak meratah jiwa aku yang keras.

kuat apa lagi, hei anak yang tongong?

takkan faham semesta ini cinta aku. sudah-sudahlah bertopeng duyung. engkau kerapu hodoh yang tak dimahu.

selamat tidur, fadzrin,
semoga esok kau tidak bangkit.

berapa lama lagi mahu ranap? 
11.26pm

Fadzrin. 23. am the person who observe and speak with my mind. suka bajet comel and derp from malaysia, with love.