minta yang terakhir


dia sudah berenang, jangan dipanggil-panggil. hatinya rapuh, menangis menggigil-gigil.

dia sudah berenang, harap masih dipanggil. walau kamu tak pernah hirau, tetap menunggu, masih degil.

hai kamu, beruntungnya engkau, terjumpa aku sedang bersiram. hai kamu, beruntungnya engkau, aku menolak kayangan bersemayam. 

hai kamu, beruntungnya engkau, mahu si aku berumah lalang. hai kamu, beruntungnya engkau, puaslah hidupmu aku menaruh sayang. 

hey kamu, kenapa kejam sangat engkau? aku dibuang ke laut dengan parang?

dia sudah menyelam ke laut dalam dengan ekor hancur

dan kau biar tidak menegur.

10.54am

Fadzrin. 23. am the person who observe and speak with my mind. suka bajet comel and derp from malaysia, with love.