perhatian penduduk negeri penafian.

terimalah fadzrin. dia tak pernah nakkan kau.
dia sekarang dah ada org lain. dia dah lama tak nak kau. dia cuma nak main2.

tapi tidak.

kau tolak untuk percaya. kau rasa kau lebih kenal dia. kau tahu dia siapa. kau benci orang semua termasuk kawan engkau.

berhentilah.

siapa yang kau bohong selain engkau sendiri. dia tidak cari engkau. dia tidak peduli engkau. dia sudah lama pergi

cuma kau degil untuk memancang nisan.
sampai bila.

pecah suria pagi adalah selepas segelap2 malam.
maka harung sahaja runcing beku gelita.
mana ada kesepian yang tidak lama?
sesaat dalam siksa tak pernah setimpal dengan seribu hari bahagia.

kerana masa itu ilusi.
sepintas untuk yang menunggu.
seabad untuk yang tak mahu.

benar. hidup ini kejam. benar. tidak aku diadilkan. benar.

tapi yang ini benar juga. betapa mudah aku benarkan jiwa hancur. membiarkan jiwa dan diri menjadi murah menanti dia selama 11 bulan. betapa MURAH.

entri ini adalah untuk mereka2 yang hidup dengan penafian seperti aku. ditulis dengan jujur, semoga didengarkan.

yang benar:

fadzrin naim

bekas menteri besar,
negeri duyung2 bodoh,
daerah denial,
zon air laut berkeruh.
19 August 2018

Fadzrin. 23. am the person who observe and speak with my mind. suka bajet comel and derp from malaysia, with love.