dia sudah pergi dan tidak mahu lagi rasa kesakitan. naga aku itu sudah bersatu bersama tentera-tentera pasir. pada sekejap dulu dia menjadi cinta merahku yang tersimpan. kini berpatah ke dasar air terus terbang ke langit petir.
dia tak akan mahu berbalik ke dakapanku yang kecil. dengan bisa bahasa bibir yang menghalaunya pergi. telah ku herdiknya menjauh dengan ketap gigi menggigil. ku agungkan dunia dan ku pekikkan inginku menyepi.
nagaku terbang tanpa sedikit pun menoleh simpati. pada aku yang berpura ketawa saat kamu pergi perlahan. semoga kamu terus bernyanyi berpimpin mentari. lagu rahsia yang sentiasa aku siulkan sendirian.
maaf naga, tidak mungkin kita disatukan di mata sedar. maaf nyaringku menghalilintar pujukan rayu dulu. bibirku yang kaku memberi senyum tika kau beredar. aku bukan milik kamu di sini, cuma di pejaman matamu.
berpalinglah sayang, wahai naga sakti jemala hati patik.
tunjukkan mata kamu yang indah dan sentiasa ku cumbu. jelingan itu terlalu bisa dari alis kamu yang begitu cantik. mahu aku tatap terakhiran kalinya, janji ku takkan rayu.
kerana aku mau tau bahawa cinta merah kita masih ada
di jiwa ini.
kerana mungkin rasa itu tebal dan agung, cuma didiamkan.
di hati ini.
selamat mendakap alam, naga aku. dan selamat pengantin baru :')






Assalamualaikum. *wave wave wave*











































Summer Love (
Merry Go Round (
Harmonia Pastelis (
Tutorial Change icons (
here i make a


