tentang kawan dan cinta itu

15 August 2018

ye. aku faham kenapa ada yang persoal kebahagiaan aku. sungguh. aku faham. seperti tak ada logika bagi dua orang laki2 itu terlalu cinta. begitu serasi. terlampau bahagia. seolah obsesi.

ye. aku sungguh faham setiap ragu2 kau.

tapi aku orang susah. dididik ayah dan ibu tentang manusia kiri kanan yang cuma ada di masa mereka mau ada.
"kawan ketawa bersepah mana2. kawan sedih, cumanya kita"
"ketawa2 dengan kawan, entah kita tau, ketawanya bersama atau kita yang diketawakan"
kasar, ayah ajar aku. keras, dia tanam dalam aku. tersiratnya. kongsi cuma yang gembira. pahit hempedu semua simpan.

aku setuju.

sebenarnya apa untung berkongsi duka? cuba cakapkan apa dapat bercerita lara. sudahlah penat mengulang2. belum tentu tepat setiap kali ke seratus dihikayat akannya ada mungkinnya dipandang serong hai muka kita dan aku sebenarnya sudah penat berkongsi duka aku pada dunia. bagitahu aku siapa yang peduli?

entah. secara mudahnya, aku mengharapkan di setiap perkongsian bahagia aku, adalah siapa2 yang melafaz "untungnya dia" atau "gembiranya nampak wajahnya".

tapi malangnya, aku terlupa ini dunia. mana ada manusia yang mungkin gembira melihat kebahagian aku. pasti terpalit sedikit rasa iri dan benci. sebab aku pun manusia. jadi aku tahu. kalau cinta normal pun selalu dicebik dengki apatah cinta sonsang aku ini.

kan?

aku sesungguhnya tahu cinta aku ini tidak akan kemana. benar. aku tahu itu. tapi, aku cuma mahu menikmati nya sementara ada. sebab aku sudah lama ranap. sungguh lama. kalaulah aku bisa merakam setiap perjalanan hidup ranap aku dulu dan tayang pada engkau2. pasti engkau2 tidak akan percaya. sebab aku terlihatkan sebagai lemah dan mudah ranap mana mungkin aku bisa segagah itu menempuh SUNYI itu.

"kawan" adalah suatu ideologi yang tercipta dalam kabus yang digula2 dgn fantasi. hakikatnya. KITA adalah kawan kita sendiri. itu yang aku belajar di sini. aku begitu mengharapkan mereka2 yang lebih tua ada membantu aku atau mengambil berat apabila aku susah. tetapi tidak ada sesiapa yang bertanya kepada aku "sudah makan fadzrin?" atau "macam mana kerja hari ini? ok kah?"

tiada.

aku belajar untuk berdikari sendiri. telan sendiri segala pahit & sengsara hidup. dan sebab itu kadang2 aku bersikap pentingkan diri. satu-satunya kawan yang selalu membantu aku adalah nur atikah binti abdul mutalib, mohd luqman bin mohd ali, syed dan ain. mungkin salah aku juga kerana terlalu mengharapkan mereka2 untuk memberi sedikit kasih kepada aku. aku bukan sesiapa. aku cuma kawan. dan kawan adalah KAWAN. aku perlukan kekasih. dan DIA adalah kekasih aku.

usah menayang sayu. apa paling besar boleh kau dapat selain "ahai, kasihannya kisah hidupmu?" itu. cuma itu dapatmu. paling2 dibantu buat sementara. masuk bulan pertama, penat dan kata "maaf, aku sendiri bermasalah juga".

haih.
they said that the world was built for two, only worth of living if somebody is loving you. and now he do :-)

21 July 2018 
Fadzrin. 23. am the person who observe and speak with my mind. suka bajet comel and derp from malaysia, with love.