Anon: kenapa dunia ini tidak adil sekali?dari kecil, aku benci abangku hadi. semua orang tau. sampai besar, aku menyampah langsung pada hadi. setiap gerak matanya begitu menjengkelkan. lebih memunah rasa adalah apabila setiap perbuatannya terlihat indah. padahal, dari tadika, akulah satu2nya yang sentiasa mengemas rumah, pergi kedai runcit naik basikal, dan membawa pulang piala no satu, dua & tiga.
semua orang sayang dan kasih pada hadi.
terutama ibu yang sentiasa membelanya apabila kami bergaduh.
sedangkan pergaduhan itu dimulakan oleh hadi.
tidak adil.
seorang kanak2 lelaki di sekolah rendah aku, begitu comel dengan wajah cinanya. kegilaan anak2 perempuan. hari2 aku simpan wang saku untuk membelanja dia makan. kalau aku kira, rasanya dia tidak pernah keluar duit kantin. semua aku tanggung. kerana aku mau dia tau aku siapa.
tapi dia pilih si anak guru yang bertahi lalat di bawah dagu.
sebab dia jauh lagi cantik.
dan aku ketika darjah enam itu adalah seburuk2 umat.
tidak adil.
aku yang begitu utuh mencinta dari dulu tidak pernahnya dilayan selayaknya. sentiasa dipijak2. dihenyak2. makan hati berbulan2, berhabis2an wang ringgit memberi bahagia pada cinta, sedang aku menyiat kulit sendiri untuk dimamah ketika lapar.
tetap, aku ditinggal demi perempuan yang tidak pernah sanggup menitis setitik peluh pun untuk cinta itu.
semata aku bukan perempuan.
tidak adil.
*diam*
kenapa dunia begitu tidak adil, kau tanya?
sumpah aku tidak punya jawapan.
dari definasi literasi, adil itu bermakna satu dibalas satu. dua dibalas dua. dalam erti kata lain, harus kita mula berkira.
maka, andai begitulah, kita sudah menjadi tidak ikhlas, kan? membuat kebaikan untuk dibalas2. mengharap dilayan sebiji sama.
eh, sudah lain pula ceritanya.
dari sudut lain, adil juga bisa difahamkan sebagai kesetaraan karma. perkataan berasaskan buddhisme ini begitu popular meski pada muslim seantero. what goes around comes around. seumpama itu.
maka, jika begitulah, kita sudah menjadi terlalu keras, kan? bermakna, andai tidak diadilkan, kita akan punya rasa kesumat minta sama2 rasa ranap.
baru adil.
ah, susah.
aku tak mau bicara tentang apa itu adil. mari kita tanyakan bagaimana yang dikata tidak adil itu.
rasa tidak adil yang kita rasa lahir dari jiwa yang tidak mencapai puas. perasaan "aku lebih tahu apa yang selayaknya" terlalu tebal. terbit dari sedikit keegoan yang memang ada dalam setiap manusia, sealim mana pun seseorang itu.
aku contohkan: kau belajar matematik berlebih2, berbanding subjek lain. sanggup berhabisan membeli teks dan latihan matematik kerana kau benar2 mau dapatkan 100% dalam periksa penggal. ketika hari diuji, soalan2 yang muncul boleh tahan mudah. kau tahu A1 dalam tangan.
tapi kau cuma dapat B. dan kau jadi separuh gila bertanya tuhan kenapa kau tidak diadilkan.
rasa tidak adil itu normal. semua manusia pernah merasa dikeronyok2 begitu. apatah lagi kita ini jenisnya yang suka membanding2 sesama sendiri. sekonyong2 wujud makcik2 saripah di tepi rumah yang suka bercerita2 tentang kurang dan lebih orang lain.
haih.
aku dari dulu gemar bersoal sama pencipta kenapa aku sentiasa diranap. dan aku masih tidak reti dan faham. kenapa aku. kenapa ini itu.
tetap, tidak pula tuhan turun dan bualkan sama aku objektif setiap dugaannya pada aku.
*diam*
tapi, kan...
kalau tidak kerana hadi, tidak pula aku beriya2 mahu jadi yang terbaik di dalam kelas. yang mana kini membuah hasil dalam kehidupan aku.
kalau tidak kerana budak sepet itu, tidaklah aku belajar menguruskan wang saku. mendisiplin diri untuk tidak terlalu belanja untuk mendapatkan apa yang aku mahu. mengajar hati untuk nekad dan teguh berusaha.
kalau tidak kerana cinta2 yang meranapkan aku, tidak mungkin aku sudi menerima nik. kerana sudah terlalu penat dan jerih dipermain bahagia sementara, aku sedar cinta itu sebenarnya bagaimana.
*termenung*
dan tanpa setiap tersiatnya nyawa ini, tidak mungkin mampu aku menulis.
yang mana tidak mungkin akan ada blog ini.
kan?
maaf, dik. tidak mampu menjawab soalan kamu. aku juga masih menunggu tuhan bercerita sama aku.
hanya aku mau katakan di sini,
tuhan kita tak pernah berkira.
Nik ajar aku banyak tentang cinta tuhan.
cinta dari tuhan yang sangat baik, sedang cinta kita pada dia sangat memalukan.
bagai pasir dengan gunung.
masih aku ingat bualan kami di hari pertama bertemu aku September lepas.
"aku takut, fadz"
"kenapa"
"dari dulu, tuhan selalu makbulkan doa aku"
"jadi?"
"dan aku selalu lupa untuk bersyukur. tidak sempat lama, diambil semula semua yang makbul itu"
"apa yang telah kau doa baru2 ini?"
"engkau"
*diam*
"aku takut dia ambil engkau pula. maka aku mahu bersyukur hari2 mulai sekarang"
*diam*
tuhan, terima kasih kerana kau ranapkan aku sehancur2nya dulu.
terima kasih kerana menjahanam setiap inci bahagia di dalam diri aku.
kerana hanya dengan itu aku mengerti indah perasaan yang aku rasa hari ini.
kawan2...
aku sedang mengajar hati untuk lebih bersyukur.
mari?






Assalamualaikum. *wave wave wave*











































Summer Love (
Merry Go Round (
Harmonia Pastelis (
Tutorial Change icons (
here i make a


